TEORI DAN KAJIAN JEAN PIAGET
Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dan bentuk tahap demi tahap. Oleh itu, teori perkembangan Piaget juga dikenali sebagai teori tahap.
CARA MINDA MEMPROSES MAKLUMAT
Jean Piaget menggunakan metodologi kajian klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak –anak iaitu melibatkan pemerhatian insentif pada mereka pada tiap – tiap hari semenjak lahir hingga remaja dalam perekitaran semulajadi. Pada pendapat Piaget, kanak – kank lahir dengan tingkah laku reflex(menangis, menghisap, dan menggapai) , dan kemudian ia berkembang kepada tingkah laku bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesai masalah. Menurut Piaget, kanak – kanak membina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman. Oleh itu, struktur kognitif kanak – kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak- kanak tersebut.
Struktur kognitif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi. Tingkah laku (behavioral) ialah pola aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak – kanak untuk meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di sekitarnya. Simbolik pula diperolehi kanak-kanak semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak- kanak boleh berfikir tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak- kanak menyatakan objek / peristiwa tanpa perlu kepada aksi atau menggunakan bahasa isyarat. Operasi (operational) diperoleh apabila kanak – kanak berusia 6 atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logic atau aktiviti mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga dikenali sebagai pemikiran yang logik.
Struktur kognitif berubah melalui proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individu mencantum stuktur kognitif baru yang kompleks. Adaptasi pula bermaksud mengubah struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru melalui asimilasi dan akomodasi. Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. Misalnya, Fatin nampak kucing dan diberitahu itu adalah kucing. Bila Fatin Nampak arnab, tetapi Fatin menyebutnya kucing. Inilah asimilasi iaitu maklumat diserap tanpa dibuat ubahsuai.
No comments:
Post a Comment